Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T , Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah, syukur dengan rahmatnya, segala apa yang aku rancang hampir setahun yang lalu berjalan dengan lancar sekali.😇😇
Tempoh masa setahun tu aku rasa cepat sangat. Pejam celik, pejam celik jer rasa. Betapa cepatnya masa berlalu. Dan untuk lebih mahir selok belok di
Jepun nih, aku join page kat FB
" Road to Japan " . Dari situ aku beli buku karangan
Tok Jack S Adli dan segala info-info aku dapat dari situ. Dekat 6 bulan jugak la aku ulang kaji.
Jepun wei.. Tak leh buat main-main. Segalanya melibatkan kos yer.. Dah la mahal namatey.. Adehhh ! 😭😭😭
Untuk orang yang pertama kali macam aku ni, pada mulanya aku ingat nak
cover area
Osaka,
Kyoto dan
Nara ja.. Tapi makin lama study, makin terarah ke
Kobe dan
Hiroshima pulak. Bukan tak sempat nak pergi. Sempat je asalkan plan betul-betul. So mulalah ulang kaji aku yang berbulan-bulan tu. Kalah exam masa kat kolej dulu weh 😅😅😅.. Untuk makluman korang, korang boleh berjimat dengan tiga benda kalau nak ke
Jepun nih iaitu ..
1. Tiket flight kena beli awal
2. Hotel kena booking awal
3. Kena beli pass untuk transport yang TEPAT
Hasilnya, aku dah
deal dengan
HIS Travel untuk beli
pass transport siap-siap dari
Malaysia ni. Oleh sebab
HIS Travel takder cawangan di utara, terpaksalah aku turun ke
KL 😙. Bagi yang nak mintak diaorang pos pun boleh ajer. Tapi disebabkan aku memang dah ada urusan kat
KL awal bulan Februari aritu , ( bff kawen ), aku nak gi ambik
by hand jer. Dalam masa yang sama, boleh la jugak mintak diaorang check itinerary aku ni. Kat
KL ada dua tempat yang korang boleh pergi iaitu
Sunway Velocity Mall atau
HIS Travel Bukit Bintang. Untuk ke
Jepun, ada banyak sangat pass yang korang boleh pilih. Dan setiap pass ada kelebihan masing-masing. Dan semestinya raja segala pass adalah
JR Pass. Harganya pun boleh tahan la. Dalam RM1K++ jugak 😰😱😰.
|
Pic dari Pak Cik Google |
Untuk trip ke
Jepun kali ni, aku pilih untuk mengambil pass jenis
Kansai Hiroshima Area Pass( KHAP ). Untuk makluman korang, pass ni tidak dijual kepada penduduk
Jepun yer 😌😍. Hanya dijual kepada pelancong asing dan passport diperlukan untuk membeli pass nih. Pada kebiasaannya, selepas korang membuat pembayaran, korang akan diberi
" exchange voucher " yang mana korang perlu membawa
voucher tu ke kaunter
HIS Travel di
Kansai Airport. Mungkin untung nasib aku, masa aku
deal nak buat bayaran tu,
HIS Travel memang dah ada siap-siap fizikal pass tu. So aku dah tak perlu lagi dah nak tukar lagi kat airport nanti. Syukur.. Ye la kan, mana tau flight sampai lambat ker.. Paling tak best, time korang sampai tu, kaunter
HIS Travel kat sana dah tutup. So korang nak kena tunggu hari seterusnya pulak nak tukar. So itinerary esoknya akan sedikit terganggu..😘
|
Boleh cari pass ni yer |
Pass yang aku beli ni harganya dalam RM513 untuk 5Hari. So sepanjang kat sana aku boleh menggunakan unlimited JR Line termasuklah train dan shinkansen. Jangan terkejut yer, kalau aku bagi tau harga train shinkansen sehala pun mahal giler wei... Ada yang RM100 lebih.. Pengsan jap ! 😵😵😵
Untuk hari pertama aku kat sana, aku
decide untuk beli
Osaka Amazing Pass ( OAP ) 1 Day. So apa yang untungnya
OAP ni, korang boleh naik train
subway line secara percuma untuk sehari tu. Diulangi subway line jer k..
JR Line tak boleh. Apa yang menarik jugak, semasa pembelian, korang akan diberikan buku manual beserta panduan menggunakan
OAP ni. Harga
OAP 1Day nih tak la semahal
KHAP tu yer.. 😘
|
Boleh pilih samada nak satu atau dua hari |
Alang-alang dah beli tiket train yang mahal tu, korang silalah ulangkaji sebaik mungkin k. Gunakan pass tu 200% ! Dan tips yang aku nak bagi, korang pilihlah untuk ke tempat yang dikenakan bayaran masuk yang mahal. Barulah berbaloi dengan apa yang korang bayar tu 😍😍😍.
|
Jangan lupa khatam guidline yang diaorang bagi ni ok |
Untuk tempat penginapan pulak, semestinya aku memilih untuk menginap di Hotel Shin Imamiya yang famous tu. Semestinya lokasi yang strategik iaitu berdekatan Nankai Line untuk ke airport, Subway line dan Stesen JR Shin Imamiya. Penting yer lokasi hotel nih. Biar korang bayar mahal sikit asalkan berbaloi-baloi dan menjimatkan masa. Kalau nak murah tu, boleh jer cuba cari apartment ke apa. Tapi kena tengok jugak lah yer jarak dia untuk ke stesen train. Hotel yang aku stay ni rasanya tiga kali kot aku booking. Tips yang aku leh share dengan korang, booking yang free cancellation. Incase masa kedepan ni korang tengok hotel tu turun harga kea pa, korang booking jer yang baru. So booking yang mahal tu, korang cancel ja .. Hehehe.. !😅😅😅
|
Harga untuk dua orang |
Seperti yang korang tahu jugak, kos ke Jepun ni amatlah mahal. Bukan sikit yer mahalnya. Memang mahal sungguh-sungguh nih. So make sure korang bawak duit yang secukupnya. Pastikan korang tukar siap-siap di Malaysia yer. Dan cari kadar tukaran yang murah betul-betul. Sebagai back-up, memang aku dah prepare dengan dua keping kredit kad. Mana la tau kan kecemasan ke apa. Nauzubillah…😶😶😶
Dan tak lupa jugak benda yang paling penting adalah travel insurans. Well, malang kang tak berbau. Biasanya kalau kita dah ambik insurans, jarang la benda tak baik ni nak jadi. Tapi kalau tak ambik ja insurans, nauzubillah.. Macam-macam leh jadi yer..😶😶😶. Aku rekemen korang ambil je dengan Etiqa Takaful. Hanya RM33.73 untuk 7 hari !
6 Mac 2019
Pejam celik, pejam celik, masa setahun yang aku tunggu tu pun muncul. Haish… Masa ni lah rasa betapa cepatnya masa berlalu. Dan harini aku akan berangkat ke Jepun.. Excited ? Jujurnya tak pun. Tak tau naper..😔😔😔
|
Kosong takder orang pagi-pagi nih.. Sama kosong macam hati aku 😌😌 |
Dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, aku memilih untuk menaiki Airasia je dengan tambang RM73.89 sehala termasuk luggage seberat 20kg. Kira ok la kan ? 😘
|
Gud bye Alor Setar |
|
Bismillahirahmanirrahim. Moga selamat sampai |
Dari Alor Setar, aku selamat berlepas pada jam 8.20pagi dan selamat mendarat di Kuala Lumpur pada jam 9.25pagi.
Sementara menunggu flight seterusnya pada jam 2.15petang, sempat la aku isi perut dulu yang asyik mintak makanan jer..😂
|
Tekak terasa nak makan kuetiaw sup pagi nih |
Selesai makan, jam 12.30 tengah hari, aku gi check-in luggage sebelum terus masuk ke Balai Pelepasan.
|
Aktiviti wajib kat KLIA2 😅 |
|
Ni lagi satu.. Sebelum masuk, mesti ambik pic kat sini 😜😝😜 |
Haaa.. Time ni aku nasihatkan korang, silalah masuk awal-awal k. Mana la tau kan, sesak kat kaunter imigresen ker, ataupun gate tetiba berubah ker, memang kelam kabut jadinya.😘😍
|
Make sure gate yang betul yer |
|
Flight yang aku naik ni akan ke Hawaii. So dia akan berhenti untuk transit di Kansai. Hurmm.. Bila la dapat merasa nak gi Hawaii nih 😛😝😛 |
|
Ni lagi satu, bukan nk show off tapi... 🙈🙈🙈 |
|
Lama rasa tak naik pesawat besar ni. Last naik masa pergi Beijing dulu tahun 2011 |
Syukur Alhamdulillah, tepat jam 2.15petang, aku selamat berlepas dari KLIA2 menuju ke Kansai International Airport. Perjalanan dari KL ke Kansai tak la lama mana pun. Rasanya dalam 6jam 50minit jer. Untuk orang yang mudah tidor macam aku ni, asal letak kepala jer, confirm tertidor. Terbangun pun bila pramugari kejutkan mintak boarding pass untuk hidangkan makanan.
Jom tengok apa yang aku makan ni k..😋😋😋
|
Alhamdulillah.. Rezeki 😇 |
|
Kenapa aku tak tau benda ni sedap ar ? 🙀🙀 |
Masa kat dalam flight jugak, korang akan dibekalkan dengan sekeping declaration form yang mana korang kena isytihar apa yang korang bawak tu. Semestinya ada bahan larangan yang tak boleh dibawa masuk terutama beras dan wang tunai yang berkepuk-kepuk tuh 😌😌😌.
|
Make sure isi semua yer 😘 |
Perjalanan hampir 7 jam tu serius aku tak terasa langsung. Rasa kejap sangat 😁😁😁. Tup-tup dah sampai pun kat Kansai.
|
Dah tak lama dah nak sampai |
Waktu di Jepun ni lewat sejam yer dari Malaysia. Contohnya, kalau kat Jepun pukul 10malam, waktu di Malaysia baru pukul 9malam. Syukur jugak, flight kitaorang sampai 30minit lebih awal. Dari kapal terbang nak ke bangunan terminal, korang kena naik aero train yer. Proses imigresen berjalan dengan sangat lancar. Cumanya masa keluar jer dari flight tu, sila jangan lenggang kangkung yer. Confirm beratur panjang nanti. Well, bukan uolz je yang landed di Kansai Airport tu yer 😂😂😂.
Nak dijadikan cerita, pegawai imigresen kat situ mintak nak tengok tiket balik yer. Tak cukup dengan tu, dia mintak tengok travel itinerari lagi ok. Mujur la segala persediaan aku dah buat dengan rapi. Siap sediakan semua dalam satu file lagi. So bila dia tengok jer file tu, terus cepat jer dia proses passport tuh.. Huhh.. Buatnya takleh masuk , parah wehhh ! Huh.. Nauzubillah sekali lagi..😖😖😖
Dah settle bab imigresen ni lagi satu part pulak dekat bahagian kastam dan kuarantin. Semua beg kat situ dia mintak bukak ok. Ingat beg aku jer. Tapi beg orang lain pun sama 😨. Dalam kain baju semua, roti gardenier aku, sekali dengan kari ayam adabi pun dia tengok habis yer 😱😱😱. Takut aku bawak benda terlarang ker apa. Masa ni nervous tu jangan cakap la 😰😰😰.. Mujur la diaorang semua ok jer dan muka tak ketat. Lepas check jer semua barang, siap cakap lagi “arigato gozaimas”… Yey… ! 😍😍😍
|
Untuk ke Stesen train, sila naik ke tingkat 2 ok |
Bagi yang tanya aku, masa aku sampai tu, kaunter HIS Travel bukak lagi tak ? Maaf yer korang, kebanyakan kaunter dah tutup. So pada yang bawak “ exchange pass ” tu, sila back-up dengan plan B ok..😘
So seterusnya nak cari train nak ke hotel pulak. Rupanya nak ke stesen train, korang kena naik ke tingkat 1 dan keluar dari bangunan terminal tu. Kat tingkat satu tu, baru korang akan nampak dengan jelas Nankai Line.😍
Pertama kali nak beli tiket train, gementar jugak. Mujur la ada pekerja kat kaunter tiket. So cakap je nak ke Shin Imamiya, seterusnya bayar jer 920Yen. Dan dia akan bagi tiket. Pada yang takder duit kecik tu, takyah risau ok. Korang bagi je duit 10.000 Yen dan diaorang akan kembalikan duit kecil. Takdernya diaorang akan tanya kita duit kecil ada ke tak.😍😘😍
|
Ticket train ke Stesen Shin Imamiya |
Dari Kansai Airport nak ke Stesen Shin Imamiya hanya mengambil masa sekitar 40minit jer. Masa tu cuaca sejuk weiii ! Menggigil jap. Bila check suhu kat handphone, 6 darjah celcius daaaa… Patutlah sejuk lain macam. Make sure, sebelum datang, korang check suhu betul-betul yer.. Kang japgi demam pulak.😌😌😌
|
1st time naik train kat Jepun nih.. So jakun jap 😛😛😛 |
Untuk simkad di Jepun, aku dah beli siap-siap dari Hello1010. Harganya pulak hanya RM109.80 untuk 2simkad. Data yang dia bagi pulak adalah 3gb dah sah untuk 8 hari. Kadar kelajuan memang aku sangat-sangat puas hati lah. Yang penting laju berdesup yer.. Takder nak loading ka apa..😍😍😍
|
Kalau bell pack berkembar lagi murah yer |
40 Minit jangkamasa perjalanan tu sekejap jer rasa. Dari Stesen Shin Imamiya nak ke hotel hanya mengambil masa kurang dari 10minit berjalan kaki. Dekat sangat-sangat weh… Terbaiklah hotel nih..👍👍👍
|
Di hadapan hotel |
|
Kaunter check-in |
|
Mesin untuk tukar duit pun ada yer |
Masa aku sampai kat hotel tu, syukur staff dia pun ada lagi. Dan masih ada jugak orang yang tengah berurusan untuk check-in. Dah dapat jer kunci, apa lagi, jom la naik bilik, rehat..😇😍😇
|
Alhamdulillah.. Cukup selesa 😍 |
Dari pengamatan aku, hotel ni sangat sesuai untuk bajet traveller macam aku ni. Bolehlah sekadar tempat nak tumpang tidor dan rehatkan badan . Hotel ni jugak turut menyediakan kemudahan seperti peti ais di setiap aras yer. Dan di peti ais tu jugak disediakan pen marker . So bagi yang nak simpan makanan atau air tu, sila lah tulis nama korang yer 😉😉😉. Selain dari tu, hotel ni jugak menyediakan public pantry yang mana di situ turut disediakan dapur electric, microwave , tempat membasuh pinggan mangkuk dan tempat mengambil air panas. Ada di antara tingkat turut menyediakan air dari vendor machine yer. 😊
|
Korang yang datang Jepun tu, jangan lupa try beli kat sini k 😘😍 |
Dan untuk korang yang nak mencuci dan mengeringkan pakaian tu, sila lah naik ke tingkat 10 yer . Di situ turut disediakan mesin basuh dan mesin mengeringkan pakaian. Harga untuk mengeringkan pakaian hanya 200Yen. Dan untuk membasuh pulak 400Yen kalau tak silap aku.😊 Ok lah korang, aku nak rehat dulu yer. Selesa sangat mandi air panas kat sini. Gud nite !
Comments
Post a Comment